SOALAN benarkah PAS ada bincang untuk bersama Umno dalam PRU akan datang bagaikan soalan tetap dalam program dialog santai bersama masyarakat.
Oleh sebab program santai seperti 'Teh Tarik Session' berjalan dalam
suasana santai, maka hadirin tak segan untuk tanya soalan santai.
Saya pun yakin, yang bertanya itu dia sendiri pun tak percaya bahawa
PAS nak bersama Umno. Tapi mereka suka dengar ulasan dan jawapan santai.
Kita pun tanpa rasa jemu akan terus layan untuk menjawab. He he... tak
ada istilah cemuh dalam memimpin.
Ahli PAS tak mempunyai masalah untuk memberi kepercayaan kepada
kebijaksanaan kepimpinan yang diterajui Tuan Guru Presiden untuk
mengemudi bahtera perjuangan ini.
Yang bercakap hal PAS nak bersama Umno bukannya orang PAS. Tapi orang Umno dan PH. Kita orang PAS relaks saja.
Orang PAS cukup faham. Umno apabila tersepit, mereka akan cari PAS
'minta nyawa'. Bila kuat mereka akan tendang dan terajang PAS.
Pendekatan BPMS bukan bermakna kita serah hidung untuk dicucuk oleh
Umno lalu ditarik mereka sesuka hati. Kita buat baik dengan saudara kita
orang Umno kerana Islam mengajar kita untuk berbuat baik sesama insan.
Kebaikan kita ikhlas kerana Allah. Tak ada pimpinan PAS yang dapat
projek sejak pendekatan BPMS dilaksanakan. Kita terus kerja macam biasa.
Akhirnya nanti lihatlah bagaimana Umno/BN akan menentang PAS dalam PRU
akan datang.
Sabar sekejap saja lagi. Tak sampai setahun dah masanya. Tuduhan yang
kata PAS nak bergabung dengan Umno akan terjawab sendiri. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan