MARAWI CITY: Tentera Filipina hari ini melaporkan militan kelahiran
Malaysia, Mahmud Ahmad, berkemungkinan besar terbunuh dalam pertempuran
tengah malam tadi, yang turut mengorbankan 13 pemberontak.
Timbalan Komander Operasi di Marawi, Kolonel Romeo Brawner, berkata
siasatan lanjut masih diperlukan termasuk menyoal siasat tebusan dan
ujian saintifik, namun tentera percaya Mahmud antara yang terbunuh.
Bekas pensyarah universiti itu dipercayai berperanan penting dalam membiayai Marawi yang dikepung sejak hampir lima bulan lalu.
Beberapa pakar berkata, Mahmud disebut-sebut sebagai pengganti Isnilon
Hapilon bagi militan Daesh di Asia Tenggara susulan kematian Hapilon,
Isnin lalu. - Reuters
Tiada ulasan:
Catat Ulasan