Rabu, 11 Oktober 2017

Lima sekeluarga maut dirempuh pemandu leka guna telefon bimbit

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
HUNAN: Akibat kecuaian seorang pemandu, lima sekeluarga maut selepas dilanggar kenderaan pacuan empat roda di sebuah jalan raya di China.
 
Dalam kejadian pada 11.00 pagi 2 Oktober lalu, keluarga yang terdiri daripada ibu dan bapa serta empat anak mereka dirakam kamera CCTV sedang berjalan di laluan pejalan kaki.
 
Namun, secara tiba-tiba sebuah trak memecut laju ke arah keluarga itu dari belakang lalu melanggar mangsa menyebabkan mereka tercampak ke jalan.
 
Si bapa terseret kira-kira 100 meter ke depan manakala anak dan isterinya bergelimpang sejurus dilanggar.
 
Bagaimanapun salah seorang anak mereka terselamat, dan bangun sambil menangis.
 
Menurut laporan China Digital Times, ketika kejadian pemandu itu dipercayai leka menggunakan telefon bimbit hingga kenderaannya terbabas dan merempuh keluarga malang itu.
 
Orang awam yang melihat insiden lantas mengejar dan menahan pemandu kenderaan berkenaan.
 
Pemandu itu kemudiannya ditahan pihak polis untuk tindakan lanjut.
 
 

Tiada ulasan: