Selasa, 3 Oktober 2017

Lebih 50 NGO hantar petisyen sokong SPRM kekal bebas bertindak

THE MALAYSIAN TIMES



PUTRAJAYA: Lebih 50 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi menghantar petisyen menyokong agar SPRM kekal bebas bertindak tanpa gangguan.

Petisyen tersebut dikendalikan oleh Malaysia Corruption Watch (WCW) bertujuan membantah penaiktarafan Bahagian Integriti dan Tadbir Urus, Jabatan Perdana Menteri menjadi Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara.

Presiden MCW Jais Abdul Karim berkata tindakan tersebut bukan sahaja tidak bijak namun akan menjadi satu pembaziran sumber yang nyata dan mengganggu-gugat tugasan SPRM.

“Kami mendesak kerajaan untuk menambah baik SPRM di segenap bidang dan memperkukuh ia sebagai institusi yang benar-benar bebas dan dipercayai oleh rakyat,” katanya kepada media selepas menyerahkan petisyen tersebut kepada Ketua Staf Pejabat Eksekutif Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Norazlan Razali di sini hari ini.–Bernama

Tiada ulasan: