Selasa, 10 Oktober 2017

Kempen DAP: 30 laporan polis ke atas Jamal



Kempen DAP: 30 laporan polis ke atas Jamal
Harris (tengah) bersama ahli PKR Ampang membuat laporan polis.
 
 
AMPANG - PKR Ampang membuat 30 laporan polis ke atas Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung tindakannya dipercayai memfitnah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ketua Biro Guaman PKR Ampang, Harris Idham Rashid berkata, pihaknya melihat laman sosial Facebook dipercayai milik Jamal berhubung isu pesta arak di Selangor, ‘roadshow’ dapat aiskrim percuma di negeri ini.

“Kita mendapati gambar kotak aiskrim yang dimautnaik dalam laman sosial itu mirip Menteri Besar Selangor, selain logo ‘Selangorku’.

“Program yang dilaksanakan oleh Jamal ini dilihat cuba mencemarkan imej Mohamed Azmin dengan menggunakan ‘political stunt’,” katanya kepada Sinar Harian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Jamal sedia disaman kerana guna gambar mirip Azmin.

Harris berkata, gambar berunsur lucah sebegitu tidak boleh dibenarkan dijaja di kawasan awam, ia boleh menimbulkan keadaan yang tidak harmoni di perkarangan kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, tajuk dapat aiskrim percuma juga dilihat mempunyai maksud tersirat.

“Saya berharap agar pihak polis dapat mengambil tindakan tegas dan sewajarnya kepada penganjur program itu yang cuba mencemarkan keperibadian seorang insan,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Jamal tetap meneruskan program pesta makan aiskrim sebagai simbolik bantahan terhadap penganjuran sebarang pesta arak di negeri ini.

Jamal mengedarkan pelbagai perisa aiskrim kepada orang ramai di sebuah pusat membeli belah di sini, petang tadi.

Menurutnya, program itu akan dilaksanakan setiap hari di beberapa lokasi di negeri ini.

“Destinasi seterusnya adalah Gombak, Kita akan menghentikan pesta ini jika kerajaan negeri menghentikan pesta arak," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga dinasihatkan supaya membatalkan program ini.

“Apakah saya buat ini mencerminkan satu perkara yang tidak baik atau menyalahi undang-undang, saya tidak tahu jika kempen pesta beri aiskrim percuma ini satu kesalahan,” katanya.

Tiada ulasan: