Jumaat, 13 Oktober 2017

Jika Kit Siang Tidak Bercita-Cita Jadi PM, Kenapa Masih Bertanding Sampai Sekarang

 
 



Lim Kit Siang yang bertanding dalam setiap Pilihan Raya Umum sejak dari tahun 1969 membuktikan beliau mempunyai cita-cita besar dalam politik, kata Pengarah Strategik UMNO Kepala Batas, Azizi Safar.

“Tidak salah jika seseorang yang terlibat aktif dalam politik memasang cita-cita nak pegang jawatan besar. Itu lumrah.

“Lim Kit Siang pun macam tu jugalah. Cuma dia tak mau mengaku saja. Apa tujuan libat aktif dalam politik dan bertanding dalam Pilihanraya sejak bila ntah… (terlalu lama sampai lupa dah tahun dia mula bertanding) jika hanya nak jadi Ketua Pembangkang,”katanya dalam Facebook.

Menurutnya, sekitar tahun 1990-an, ketika Kit Siang bertanding di Tanjong, pemimpin de facto DAP itu melancarkan ‘Projek Tanjong’ yang bermatlamat untuk menawan Pulau Pinang.

“Dulu DAP lancar siri kempen Tanjong untuk tawan Pulau Pinang. Lim Kit Siang juga mengepalai siri kempen Tanjong, untuk apa jika bukan untuk dia jadi Ketua Menteri. Bila dia tewas dia lari keluar dari Pulau Pinang untuk tanding kerusi lain di negeri lain.

“Apakah dia lupakan hasrat untuk jadi Ketua Menteri Pulau Pinang? Rasanya tidak… akhirnya hajat dia melalui siri kempen Tanjong tercapai juga pada 2008 apabila DAP menang majoriti kerusi DUN Pulau Pinang dan anaknya Lim Guan Eng jadi Ketua Menteri DAP yang pertama di Pulau Pinang.”

Tambahnya, selepas Pulau Pinang ditawan, misi seterusnya Kit Siang adalah untuk menawan Putrajaya walaupun menggunakan sistem proksi.

“Apakah dengan pencapaian itu, Lim Kit Siang melupakan hasrat untuk menerajui Kerajaan Persekutuan walaupun dia tidak jadi Perdana Menteri? Tentunya tidak. Jika tidak jadi Perdana Menteri pun tidak menjadi masalah kerana dia masih boleh perintah melalui proksi dan nominee. Jika ada peluang jadi Perdana Menteri tidak mungkin dia menolak.

“DAP dan Lim Kit Siang sudah merasai kuasa melalui politik sejak 2008; menerajui Kerajaan di Pulau Pinang dan memerintah melalui proksi atau nominee di Perak dan Selangor. Sudah tentu mereka, DAP dan Lim Kit Siang anak beranak mendambakan kuasa politik yang lebih besar.

“Mana mungkin ada orang politik tidak bernafsu untuk mencapai kemuncak tertinggi kuasa yang ditawarkan oleh demokrasi berParlimen.

“Perlembagaan Malaysia tidak menghalang seorang bukan Melayu untuk dilantik menjadi Perdana Menteri jika majoriti Parlimen memilih calon bukan Melayu menjadi Perdana Menteri.

“Soalnya kenapa Lim Kit Siang beriya-iya menafikan dia ada hasrat atau cita-cita untuk jadi Perdana Menteri? Apakah kerana dia sedar kaum Cina bukan kaum majoriti di Malaysia? Atau peratusan orang Cina hanyalah 27 persen dari jumalah keseluruhan rakyat? Untuk dia jadi Perdana Menteri atau anaknya jadi Perdana Menteri pada masa hadapan perlukan sokongan orang Melayu juga?.”

Tiada ulasan: