Jumaat, 20 Oktober 2017

Himpunan Kleptokrasi : Konspirasi MAS Dan Liverpool Punca Kehadiran Kurang Memberansangkan

Caspian
 

Sehingga kini, masih ramai yang memperkatakan tentang himpunan Selamatkan Malaysia Anti Kleptokrasi yang diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya. Bagi kalangan penyokong UMNO, mereka seolah-olah meraikan kehadiran para peserta yang dilihat kurang memberansangkan, Sabtu lalu.

Mungkin ramai yang terlupa agaknya bahawa pada hari berkenaan, perlawanan besar Liga Perdana Inggeris antara Liverpool dan Manchester United turut berlangsung pada jam 7.30 malam.

Bagi Pakatan Harapan, mereka melihat perlawanan ini telah mengganggu kehadiran peserta kedalam himpunan berkenaan. Justeru, pihak MAS dan Liverpool patut dipersalahkan dalam hal ini.

Ini kerana, MAS sebagai salah sebuah penaja utama Liverpool boleh sahaja menasihati badan pengurusan kelab berkenaan supaya perlawanan berkenaan dienjakkan pada tengah malam.

Sepatutnya, MAS harus memahami sentimen keinginan untuk menyelamatkan Malaysia dari sebarang kleptokrasi dari memikirkan keuntungan mereka semata-mata.

Justeru, apa yang berlaku pada Sabtu lepas bukanlah salah Pakatan Harapan semata-mata. Sebaliknya, banyak pihak seperti MAS yang dilihat sengaja menjadikan himpunan ini hambar dan sekaligus memberi peluru tambahan buat UMNO dan BN untuk menghentam Pakatan Harapan.

Tiada ulasan: