Rabu, 11 Oktober 2017

Harga petrol turun 3 sen, diesel 7 sen

ISMA WEB



BANGI – Harga runcit bahan api mingguan bagi petrol dan diesel masing-masing diumumkan turun sebanyak 3 sen dan 7 sen, bermula tengah malam ini.

Berdasarkan harga baharu yang diumumkan sebentar tadi, harga runcit bagi produk RON95 akan dijual pada harga RM2.16 seliter, manakala RON97 dengan RM2.46 seliter.

Sementara diesel akan dijual RM2.10 seliter.

Harga terbaru ini berkuat kuasa mulai tengah malam ini selama seminggu sehingga 18 Oktober depan.

Mulai April tahun ini, penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan akan diumumkan setiap hari Rabu dan harga tersebut berkuat kuasa selepas 12 tengah malam.


Tiada ulasan: