Khamis, 19 Oktober 2017

Guru agama bebas bersuara, kata exco Pulau Pinang

DETIK DAILY



PULAU Pinang tidak akan mengawal kenyataan yang dikeluarkan guru agama, selepas pengetua sekolah tahfiz mengatakan umat Islam tidak boleh mendapatkan khidmat gunting rambut daripada bukan Islam yang keluar hari ini.

Exco kerajaan negeri mengenai hal ehwal agama Abdul Malik Abdul Kassim berkata Shahul Hamid Seeni Muhammad berhak menyuarakan pendapatnya.

"Tidak akan ada perkara seperti itu (mengawal apa yang dikatakan guru sekolah tahfiz) di Pulau Pinang

"Dia mempunyai hak bagi pendapatnya. Pengurusan sekolah dan komen (oleh individu) adalah perkara yang berbeza," katanya kepada The Malaysian Insight dalam mesej WhatsApp.

Shahul Hamid, pengetua Maahad Tahfiz Darul Tahzhib di Bayan Lepas, berkata dalam video yang dimuatkan di YouTube dua tahun lalu adalah "haram" bagi umat Islam membenarkan orang bukan Islam menggunting rambut mereka.

“Sejak saya belajar di pondok dan masuk tingkatan 1, sampailah sekarang, saya tak pernah bagi kepala saya kepada orang-orang kafir untuk pegang. Walaupun tak ada dalil dia pegang itu haram…adalah lebih baik kita cari kedai Islam sekurang-kurangnya kita bantu ekonomi orang Islam,” katanya.

Shahul Hamid sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mendesak umat Islam tidak membeli serbuk kari daripada jenama yang didakwa "syarikat Hindu", seperti Baba dan Alagappa pada tiga tahun lalu.

Ustaz, yang telah memuat naik pelbagai video pandangannya dalam talian, juga mengatakan haram bagi umat Islam mengucapkan "Selamat Hari Jadi" dalam bahasa Arab.

Malik berkata kerajaan percaya kebebasan bersuara dan memberi tafsiran.

"Jika orang berpaling, jangan beri perhatian kepada pemikiran yang melampau dan publisiti tidak diberikan, mereka akan hilang.

"Kita memberi mereka publisiti dan menimbulkan persepsi negatif terhadap Islam," kata Malik.

Sementara itu, Pegawai Pnerangan Pulau Pinang, Wan Ji Wan Hussin, berkata tidak ada peraturan dalam Islam yang menyatakan salah bagi seorang Muslim untuk memotong rambut oleh wanita bukan Islam.

Begitu juga tidak salah mengucapkan selamat hari lahir kepada orang lain, kata Wan Ji, yang juga seorang pendakwah bebas.

"Seorang ulama terkenal di dunia, Syaikh Salman Auda, berkata tidak ada salahnya mengucapkan ucapan selamat ulang tahun kerana ia bukan perkara berkaitan upacara keagamaan.

"Pada 2013, Tok Guru Nik Aziz merayakan ulang tahunnya di rumah Karpal Singh. Sekiranya ia benar-benar haram, Nik Aziz tidak akan berbuat demikian," katanya

Tiada ulasan: