Jumaat, 13 Oktober 2017

Dulu DAP Peralat PAS, Sekarang Tunggang PPBM – Huan






DAP akan memperalatkan sesiapa sahaja untuk mencapai cita-cita parti mereka menawan Putrajaya, kata Datuk Huan Cheng Guan, Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia.

Menurutnya, pada PRU 2008 dan PRU 2013, DAP memperalatkan PAS, namun apabila PAS tidak akur sepenuhnya dengan kehendak DAP, diangkat pula DAP dan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meneruskan misi itu.

“Sebelum DAP menawan Pulau Pinang pada 2008, kebanyakan daripada kita berada dalam hubungan yang baik dan hidup dalam harmoni. DAP menggunakan PAS dan kini menggunakan PPBM Tun Mahathir, menyebabkan semua masalah berlaku, melayan orang Cina seperti orang bodoh.

“Sebelum itu, (DAP) memberitahu orang Cina bahawa Tun Mahathir adalah jahat tetapi kini memuji Tun Mahathir seperti Tuhan. Juga sebelum ini memuji PAS seperti Tuhan tetapi kini mengutuk PAS seperti neraka,”katanya dalam Facebook.

Tambahnya, pimpinan DAP yang dikuasai Kristian Evangelist mahu perpaduan kaum di negara ini musnah dengan menjarakkan hubungan kaum Melayu dengan kaum Cina.

“Jadilah rendah diri, jangan angkuh. Kepada DAP Kristian Evangelist, jangan tolak orang Cina melawan orang Melayu atau orang Melayu melawan orang Cina.

“Putar belit tanpa henti, tanpa maruah dan prinsip, bolehkah pelacur politik dari DAP ini dipercayai? Anda nilai diri sendiri,”katanya lagi.

Tiada ulasan: