Jumaat, 20 Oktober 2017

Bekas ahli perlu bersama pertahan Kelantan

SALMAH MAT HUSAIN FOTO RIZAL TAHIR

 
 
SUDAH sampai masanya bekas ahli dan penyokong PAS yang khilaf terhadap parti itu kembali semula bagi menguatkan PAS.
 
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, kekhilafan lama hendak dilupakan untuk bersama mempertahankan kerajaan Kelantan yang diasas sejak 1990.
 
“Penyokong kita yang berada di luar hendaklah kembali semula ke pangkuan PAS bagi mempertahankan kerajaan negeri yang kini berusia 27 tahun,” katanya pada program kuliah perdana sempena sambutan ulangtahun dasar Membangun Bersama Islam (MBI) ke-27 di Medan Ilmu hari ini.
 
Hadir sama Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob dan pimpinan PAS Kelantan.
 
Che Abdullah juga berkata, mereka khilaf terhadap perjuangan lama kerana terpengaruh dengan pihak tertentu.
 “Kalau dahulu kita berkata Kelantan wajib dipertahankan, sekarang pun negeri ini wajib kita pertahankan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 

Tiada ulasan: