Ahad, 22 Oktober 2017

Ambil alih Wisma Tok Guru bukan kerana dendam: Pas

DETIK DAILY

 
 
KOTA BHARU - Pas menafikan tindakan mengambil alih Wisma Tok Guru di Pendek di sini dibuat kerana dendam.

Sebaliknya, Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah  Mat Nawi berkata, usaha itu dibuat kerana  sejak sekian lama tanah tersebut adalah milik  Pas  termasuk usaha ahlinya  membina bangunan tersebut.

Beliau dalam masa yang mahu Datuk Husam Musa membuktikkan sekiranya bangunan itu dibina menggunakan  wang peribadinya.

"Kita mahu Husam memperincikan dari mana wang untuk membina bangunan itu, kita yakin ia dibayar orang Pas.

Beliau berkata demikian ketika ditanya dakwaan Husam mengatakan tindakan Pas membeli  bangunan Wisma Tok Guru kerana unsur dendam dan konspirasi.

Mengulas dakwaan mengatakan tanah yang dibeli itu adalah tanah pusaka, Che Abdullah yang juga exco Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau Kelantan menafikan perkara itu kerana pemiliknya adalah, Harifah  Dolah isteri kepada bekas pemimpin Allahyarham Datuk  Ahmad Rosli Ibrahim.

"Mungkin istrerinya tahu cerita sebenar, bagunan itu milik Pas,  oleh sebab itu beliau tidak  ada masalah untuk menjualnya.

"Surat  amanah dikeluarkan (allahyarham) mengatakan Husam berhak ke atas tanah itu juga  sudah tidak sah, mengikut undang-undang penama dalam geran sahaja yang  berhak bertindak," katanya.

Ditanya adakah Kerajaan Kelantan akan mengambil tindakan tegas sekiranya Husam berdegil keluar dari bagunan tersebut, Che Abdullah berkata, Pas akan membiarkan rakyat yang menilai tindakan pemimpin itu.

Beliau berkata, tindakan 'keras kepala' itu hanya menyebabkan rakyat akan lebih mengenali perangai pemimpin tersebut.

"Sekiranya dibawa ke mahkamah sekalipun , kita yakin keputusan berpihak kepada Pas kerana jelas dan bukti bangunan itu milik Pas," katanya. 
 
 

Tiada ulasan: