Khamis, 19 Oktober 2017

Adakah Guan Eng Sedang Rancang Jadikan Pulau Pinang Sebuah Republik

 
 



Keputusan melantik Wan Ji Wan Hussin yang komited untuk menghapuskan kesultanan Melayu sebagai pegawai penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang mengesahkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengiktiraf rekod lama perjuangan ketua exco agama Pemuda PKR itu.

“Adakah Lim Guan Eng melantik Wan Ji semata-mata kerana ingin menjadikan Pulau Pinang sebuah republik seperti Singapura?,” soal The Third Force yang turut melampirkan rakaman ikrar Wan Ji untuk menghapuskan kesultanan Melayu dan mewujudkan sistem Republik Malaysia pada 2030.

Dalam rakaman itu, Wan Ji sebahagian strategi yang diaturnya sejak dari tahun 2011 untuk menubuhkan Republik Malaysia dalam masa 19 tahun selepas itu.

“Maknanya, ada ‘game step by step‘ untuk mencapai kejayaan Sultan zero (ketiadaan Sultan). Inflasi Sultan,”kata Wan Ji dalam rakaman itu.

Pendedahan strategi Wan Ji yang dirakamkan pada 2013 telah menjadi tular di media sosial dan sudah menjadi rahsia umum.

Empat tahun selepas itu, peranan Wan Ji mula diiktiraf apabila dia dilantik sebagai pegawai penerangan Guan Eng di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang pada 28 Sept. 2017.



“Kami sukacita dengan kehadiran Wan Ji untuk membantu menyempurnakan dasar kerajaan (Pulau Pinang),” kata Guan Eng pada sidang media bersempena dengan majlis angkat sumpah Wan Ji di atas perlantikannya itu.

The Third Force melaporkan selepas dua minggu pelantikan Wan Ji sebagai pegawai penerangan Guan Eng, anak muda PKR itu telah ditahan polis di bawah Akta Hasutan 1948 kerana menghina institusi Kesultanan Melayu.

“Menurut sumber, bapa berusia berusia 35 tahun itu telah memainkan peranannya pada tahun 2013 dengan mengatakan bahawa beri masa kepadanya untuk memansuhkan Institusi Monarki di Malaysia untuk memberi laluan kepada sistem Republik.

“Ia memberitahu anda bahawa Guan Eng mungkin sebenarnya sedang menganjurkan satu agenda rahsia untuk menjadikan Pulau Pinang menjadi sebuah republik yang berdaulat.

“Untuk meyakinkan umat Islam bahawa kesultanan tidak relevan dalam zaman moden Malaysia, Ketua Menteri telah mengambil telah seorang pendakwah dari Kelantan (Wan Ji) yang percaya bahawa orang Melayu hidup lebih baik tanpa Raja..,”lapor portal itu.

The Third Force merumuskan keputusan Guan Eng mengekalkan jawatan Wan Ji dalam kerajaan negeri selepas pegawainya telah disiasat polis kerana menghina institusi Kesultanan Melayu mengesahkan bahawa DAP telah bersetuju untuk terus membiayai ekstrimis anti-Sultan dan bercita-cita menubuhkan Negara Republik sekurang-kurangnya di Pulau Pinang.

Selanjutnya, sila baca “Guan Eng Sokong Wan Ji Serang & Hapuskan Kesultanan Melayu ?

LIHAT VIDEO DI SINI


Tiada ulasan: