Jumaat, 22 September 2017

Setiausaha politik antara 3 ditahan SPRM

ANTARAPOS
 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga kakitangan seorang Ahli Parlimen bagi membantu siasatan kes rasuah dalam isu berkaitan imigresen.
 
Mereka yang ditahan berkhidmat sebagai setiausaha politik, pembantu peribadi dan kerani kepada Ahli Parlimen itu.
 
Setiausaha politik berusia 45 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Kuala Lumpur kira-kira jam 8 malam semalam.
 
Penahanan dibuat beberapa jam selepas pasukan penyiasat menahan kerani dan pembantu peribadi Ahli Parlimen terbabit, dipercayai membabitkan suapan berjumlah RM20,000.
 
Menurut sumber, kerani dan pembantu peribadi berkenaan ditahan di sebuah restoran di Taman Maluri kira-kira jam 1.45 tengah hari semalam.
 
Menerusi maklumat awal yang diperoleh, syarikat milik pengadu dikatakan pernah membawa masuk pekerja asing bertaraf buruh menggunakan kelayakan profesional dan diketahui oleh ketiga-tiga suspek.
 
Pengadu mendakwa diminta menyediakan wang RM55,000 bagi menyelesaikan urusan berkaitan imigresen.
 
Difahamkan, SPRM akan mendapatkan perintah reman pagi hari ini.
 
 

Tiada ulasan: