Isnin, 25 September 2017

Remaja OKU lemas jatuh kolam ketika swafoto

ANTARAPOS

Post Pic
 
ALOR SETAR: Seorang remaja ditemukan mati lemas di sebuah kolam terbiar berhampiran sebuah perumah di Bandar Puteri Jaya di Sungai Petani, petang semalam.
 
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, mangsa, Mohammad Nor Faizal Osman, 19, yang merupakan OKU masalah pembelajaran dikatakan tergelincir ke dalam kolam itu ketika mahu mengambil gambar swafoto bersama lima rakannya.
 
Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Penguasa Bomba II, Azlan Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 5.21 petang.
 
"Mayat remaja itu ditemukan berhampiran lokasi dia terjatuh selepas kira-kira 10 minit melakukan operasi mencari mangsa," katanya di sini hari ini.
 
Dalam pada itu menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Saifi Abdul Hamid, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim ( HSAH) di sini untuk dibedah siasat.
 
 

Tiada ulasan: