Sabtu, 23 September 2017

Mat Taib Memang Nak Disingkir Dari PKR Pun!

Suara Kebenaran




Sumber ibu pejabat PKR mengesahkan bahawa parti itu memang dalam proses untuk menyingkirkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Mohd Mohammad Taib (Mat Taib) atas pelbagai masalah disiplin yang didakwa dilakukan olehnya.

Sejak menyertai PKR 2 tahun lepas, banyak tindakan Mat Taib yang bertentangan dengan prinsip parti dan kerana itu proses untuk menyingkirkannya dari PKR telah dimulakan.

Tapi perkara ini dimudahkan bila Mat Taib sendiri mengumum untuk menyertai UMNO semula dan diberikan sambutan karpet merah oleh parti itu semalam.

Memang UMNO ini parti bodoh kerana menerima semula tua tak pandai seperti Mat Taib ini.

Difahamkan surat pemecatan Mat Taib sebagai ahli PKR pun sudah siap dan hanya menunggu masa yang sesuai saja untuk diserahkan kepadanya.

Justeru, penyokong Pakatan Harapan amnya dan ahli-ahli PKR khasnya, diminta untuk tidak merasa terjejas dengan keputusan Mat Taib meninggalkan parti untuk menyertai semula UMNO.

Begitu juga dengan dakwaan konon Mat Taib menjadi agen UMNO sepanjang berada dalam PKR.

 Tidak ada sebarang rahsia sulit mengenai parti kita yang diketahui oleh Mat Taib kerana semua strategi parti dalam apa bentuk adalah diputuskan oleh Biro Politik dimana Mat Taib bukanlah salah seorang dari ahlinya.

Tiada ulasan: