Sabtu, 23 September 2017

Konvoi kereta Anwar kemalangan jalan raya

KEADILAN DAILY

Gambar Anwar di mahkamah sebelum ini


Konvoi kereta rombongan yang memindahkan Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Hospital Kuala Lumpur ke Penjara Sungai Buloh mengalami kemalangan jalan raya tengahari tadi.

Perkara tersebut dinyatakan peguamnya, Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah dalam satu kenyataan.

“Kemalangan tersebut berlaku pada 12.30 tengah hari berdekatan persimpangan trafik di Saujana Utama.

“Pegawai penjara yang memandu kereta yang membawa Anwar menekan brek untuk mengelak kereta yang datang dari arab bertentangan, dan kereta pengiring melanggar kereta di hadapan.
“Kereta yang membawa Anwar rosak di bahagian belakang kereta,” kata Sivarasa.

Ketua Umum KEADILAN itu bagaimana pun selamat dalam kemalangan tersebut.

“Syukur bahawa beliau tidak mengalami kecederaan serius tetapi agak terkejut dan telah diberikan ubat tahan sakit selepas dirawat doktor di Penjara Sungai Buloh.

“Timbalan Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Jeyaindran Sinnathurai dijadual bertemu beliau pada 5 petang ini untuk menentukan sama ada Anwar memerlukan sebarang rawatan lanjut di hospital,” kata Sivarasa lagi.

Anwar sebelum ini dikejarkan ke hospital pada 19 September lalu selepas dilaporkan mengalami keadaan tekanan darah kurang stabil.

Tiada ulasan: