Jumaat, 22 September 2017

Kerajaan DAP Pulau Pinang Tutup Jalan Benarkan Pub Beroperasi Hingga 4 Pagi





Kerajaan DAP Pulau Pinang menguatkuasakan penutupan jalan di Love Lane untuk membenarkan pub beroperasi hingga jam 4 pagi.

“Tu diaa..

“Sampai sanggup tutup jalan di LOVE lane, semata-mata ingin membenarkan PUB di kawasan itu dibuka sampai pukul 4 pagi!!!

“Ini lah kerajaan Pulau Pinang yang di perintah oleh DAP!,” dedah Azmi Saad dalam Facebook sambil melampirkan surat arahan yang dikeluarkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (di atas).

Sementara itu, Penolong Bendahari DAP Selangor Lau Weng San secara konsisten mengecam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana tidak meluluskan pesta arak, Oktorberfest

Lau menuduh tindakan DBKL itu menandakan kerjasama BN dan PAS.


Keengganan menteri Wilayah Persekutuan untuk campur tangan dalam keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak meluluskan Oktorberfest memberi gambaran kasar kerjasama yang bakal terjalin antara PAS dan BN, biarpun mereka belum terikat secara rasmi.

Keputusan ini juga memberi sedikit sebanyak gambaran dan lakaran kasar terhadap bentuk dan model kerjasama yang bakal terjalin pada masa hadapan di antara kedua-dua parti ini, memandangkan pada masa sekarang kedua-duanya mempunyai perkiraan politik masing-masing yang perlu diambil kira sebelum sebarang bentuk ikatan politik dijalinkan secara rasmi.

Keseluruhan episod ini bermula dengan ancaman daripada puak takfiri dalam PAS yang diakhiri dengan larangan daripada DBKL dan keengganan menteri Wilayah Persekutuan untuk campur tangan dalam urusan ini.

Memang tidak dapat dinafikan keputusan DBKL ini menjejaskan iklim dan sentimen pelaburan di Malaysia kerana pihak pemerintah dilihat sebagai tidak konsisten dalam dasar dan pelaksanaan undang-undang.

Adakah ini bermaksud bahawa semua aktiviti perniagaan yang bercanggahan dengan ajaran mana-mana agama akan dijadikan sebagai undang-undang dan ditegah sama sekali? Setakat mana undang-undang ini boleh dilaksanakan dan apakah kriteria dan garis panduan DBKL untuk memastikan ianya mampu bertindak secara telus?

Apakah mesej yang akan disampaikan kepada pelabur, khususnya para pelabur asing apabila DBKL boleh sewenang-wenangnya menolak permohonan aktiviti perniagaan yang sebenarnya dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan?

Bagaimana pula dengan aktiviti tertentu seperti pemilihan ratu cantik termasuk pertandingan Kumang Gawai oleh Kaum Dayak di Sarawak dan Unduk Ngadau oleh Kaum Kadazan Dusun Murut di Sabah?

Bagaimana dengan penjualan daging khinzir oleh masyarakat bukan Islam?
Bagaimana dengan perarakan secara besar-besaran berhala-berhala Buddha dan Hindu semasa perayaan Wesak Day dan Thaipusam? Adakah kesemua ini juga akan dilarang seperti Oktoberfest?

Bukankah benar bahawa DBKL boleh menetapkan beberapa syarat tambahan untuk memastikan bahawa aktiviti perniagaan ini dijalankan dengan cara yang teratur dan tidak menganggu ketenteraman awam serta memastikan golongan bukan-Muslim sahaja yang terlibat dalam aktiviti ini?

Soalan-soalan ini diajukan kerana tiada apa-apa undang-undang bertulis di Malaysia yang secara tersurat melarang penganjuran program ini. Seharusnya DBKL perlu mewujudkan satu ruang berdiskusi dan berunding serta bertelus dalam pelaksanaan dasar-dasarnya.

Sememangnya minuman beralkohol dilarang sama sekali dalam ajaran agama Islam, tetapi sekiranya penganjur tegas memastikan bahawa Muslim tidak terlibat dan persiapan rapi dalam aspek keselamatan diambil, maka sepatutnya tiada masalah untuk program ini dibenarkan.

Beza bir dan arak

Soalan-soalan di atas mengundang seribu satu soalan lagi. Terdapat mereka yang menyamakan “bir” dengan “arak” sedangkan kedua-duanya mempunyai takrifan dan kawalan yang berbeza dari segi undang-undang.

Istilah arak yang diguna pakai di bawah Akta Kastam 1967 ialah “liquor yang memabukkan”. Berdasarkan seksyen 2(1) Akta Kastam 1967, takrif “liquor yang memabukkan” termasuklah apa-apa alkohol, atau apa-apa cecair yang mengandungi lebih daripada 2% spirit pruf (alkohol mutlak), yang sesuai atau bermaksud untuk, atau yang boleh dengan apa-apa cara diubah bagi digunakan sebagai suatu minuman.

Kehendak pelesenan yang ditetapkan oleh Kastam untuk penjualan liquor yang memabukkan secara runcit tertakluk di bawah seksyen 32 Akta Eksais 1976.

Walau bagaimanapun, seksyen ini memberikan pengecualian lesen jualan runcit minuman beralkohol seperti bir, todi atau liquor natif.

Penjualan runcit kecil-kecilan bagi arak jenis ini tidak melebihi kuantiti yang ditetapkan dibenarkan di kedai tanpa keperluan pelesenan di bawah akta ini dan di sinilah perbezaan di antara bir dan arak (liquor yang memabukkan).

Menggunakan alasan kesihatan untuk menolak permohonan ini juga dilihat sebagai tidak munasabah sedangkan banyak lagi makanan dan minuman yang boleh memudaratkan kesihatan tubuh badan manusia tetapi tidak dilarang.

Contoh paling baik ialah rokok, tembakau, gula putih. Gula putih dikatakan dikaitkan dengan penyakit diabetes dan hampir 3 juta rakyat Malaysia telah dijangkiti penyakit diabetes, sesuatu angka yang cukup membimbangkan. Maka soalannya adakah kerajaan akan mengharamkan penjualan gula putih juga atas sebab kesihatan?

Terdapat tuduhan bahawa penganjuran program berpesta seperti ini bukan budaya orang Malaysia dan ianya wajar dilarang sama sekali.

Bagaimana dengan sambutan perayaan Bon Oduri setiap tahun di Shah Alam oleh rakyat Jepun yang menetap dan bekerja di Malaysia?

Adakah kita membenarkannya atau menegahnya sedangkan Malaysia sepatutnya sebuah negara yang menjamin kebebasan berhimpun dan berbudaya?

Kesemua salah tanggapan atau misperception ini perlu diberi penjelasan yang sewajarnya dalam mana-mana diskusi yang melibatkan hak dan kepentingan semua kaum dan agama di Malaysia.

Maka dengan itu saya mengajak semua rakyat Malaysia untuk berbalik kepada prinsip Rukun Negara yang bukan sahaja tertakluk kepada 5 rukun tetapi juga merangkumi cita-cita Malaysia untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya, memelihara satu cara hidup demokratik serta menjamin satu cara liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak.

Lau Weng San, Adun DAP di Kampung Tunku, Petaling Jaya.

Tiada ulasan: