Jumaat, 22 September 2017

[KEMASKINI] PARAKL 2017: Ridzuan Puzi menang mudah acara 200m

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi membuktikan kehebatannya apabila mudah memenangi saingan akhir 200 meter T36 (cerebral palsy), Sukan Para ASEAN Ke-9, sebentar tadi.
 
Mohamad Ridzuan atau Dek Wan memenangi saingan akhir tersebut dengan catatan 26.03 saat.
 
LOMPAT JAUH
 
Jaguh paralimpik negara, Abdul Latif Romly menepati ramalan apabila meraih pingat emas lompat jauh T20 (masalah pembelajaran).
 
Abdul Latif memenangi pingat emas saingan akhir tersebut dengan jarak lompatan sejauh 7.41 meter (m).
 
Catatan tersebut bagaimanapun tidak memperbaharui rekod temasya.
 
Rekod temasya ketika ini ialah 7.43m yang dicatat oleh beliau ketika beraksi di Sukan Para ASEAN 2015 di Singapura.
 
LONTAR PELURU
 
Atlet olahraga paralimpik negara, Faridul Masri menghadiahkan pingat emas dalam saingan akhir melontar peluru F56 (kecacatan anggota kaki).
 
Faridul meraih pingat emas dengan catatan 9.24 meter (m) menewaskan atlet Vietnam yang menduduku tempat kedua dan ketiga dari Thailand.
 
RENANG
 
Pagi tadi, Anderson Anak Jamba terus menceriakan kem renang negara apabila menghadiahkan emas kedua pada hari terakhir Sukan para ASEAN kali ke-9 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.
 
Perenang kelahiran Sarawak itu, merangkul emas kedua peribadinya dalam acara 50 meter kuak lentang S4 (kekurangan anggota kaki) dengan melakukan renangan terpantas iaitu 52.06 saat.
 
Sementara itu, Fraidden Dawan turut cemerlang dalam acara kegemarannya iaitu 200 meter rampaian lelaki SM10 (kekurangan anggota badan) dengan catatan masa 2 minit 30.67 saat sekali gus meraih emas.
 
Lebih manis, dia turut memperbaharui rekod kejohanan miliknya yang dilakukan di Malaysia pada tahun 2011 iaitu 2:32.46s.
 
 

Tiada ulasan: