Isnin, 25 September 2017

DAP Cauvinis Perguna Melayu PH Untuk Raih Kuasa




Malaysia -Today – Dalam artikel yang lepas, telah didedahkan bahawa undi Pakatan Harapan adalah sama seperti mengundi DAP. Juga telah diterangkan serba sedikit tentang ancaman DAP terhadap agama, bangsa melayu dan kedudukan Raja-raja. Namun sebagai tambahan, ada beberapa perkara lagi yang perlu untuk disebutkan berkaitan DAP yang turut menjadi ancaman kepada negara.

Kesemua ancaman yang berkaitan dengan DAP boleh mencemarkan keharmonian masyarakat majmuk dan mencetuskan ketegangan sosial. Contoh lain yang boleh dijadikan iktibar adalah berkenaan pertikaian mereka terhadap sekolah agama (Islam). Pada tahun 2014, Ahli Parlimen DAP, Oscar Ling Chai Yew, telah menyamakan status Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dengan sekolah agama. Oscar dipetik sebagai berkata:

“Kalau mereka kata SJK adalah punca (pemisah kaum), bagaimana pula sekolah agama? Ia hanya untuk murid beragama Islam.”

http://www.ismaweb.net/2014/11/pertikai-sekolah-agama-satu-pencabulan-terhadap-perlembagaan/
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/11/05/dap-cuba-cetuskan-ketegangan-agama/

Kenyataan beliau seolah cuba mempertikaikan kedudukan agama Islam yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan sebagai agama negara. Tindakan beliau menyamakan antara keduanya juga amat dangkal kerana hakikatnya SJK diwujudkan berasaskan keistimewaan kaum tertentu, sedangkan sekolah agama bukan berasaskan mana-mana kaum sebaliknya berasaskan agama.

Melalui perbezaan ini, kita melihat sekolah agama sebenarnya lebih terbuka sifatnya kerana sesiapa sahaja boleh menjadi Islam tanpa melihat kepada kaum dan bangsa tertentu. Di Malaysia sendiri, tidak sedikit yang beragama Islam terdiri daripada mereka yang berketurunan Cina, India, orang asal dan pelbagai suku di Sabah dan Sarawak.

Bukan Islam dan bukan melayu di Malaysia amat bernasib baik, kerana kerajaan menyediakan peruntukan untuk pembangunan SJK dan juga rumah ibadat, walaupun tidak disebut dalam perlembagaan. Inilah toleransi dan keadilan yang tidak ada tolok bandingnya.

Perlu diingatkan, lebih dari 15 buah negara di dunia menjunjung agama dalam perlembagaan negara masing-masing, mengikut siapakah yang menjadi majoriti (Kristian, Islam atau Buddha). Antara negara Kristian adalah Ireland (Perkara 6), Norway (Perkara 1), Denmark (Perkara 3), Sepanyol (Perkara 6), Argentina (Perkara 2), Bolivia (Perkara 3), Panama (Perkara 36), dan Paraguay (Perkara 3). Manakala, negara Islam ialah Afghanistan (Perkara 1), Iran (Perkara 1), Iraq (Perkara 13), Jordan (Perkara 2) dan Syria (Perkara 3) dan negara Buddha ialah Thailand (Perkara 7). Kesemua negara ini memberikan keistimewaan kepada agama mereka. Jadi, apa masalahnya?

http://www.umno-online.my/2014/11/10/perbezaan-antara-sekolah-agama-dan-sekolah-jenis-kebangsaan/

Apabila diperhalusi tentang pendirian DAP, walaupun mereka memperjuangkan kesamarataan antara kaum (bertentangan dengan perlembagaan dan kontrak sosial), tetapi hakikatnya perjuangan mereka lebih kepada membela bangsa Cina sahaja. Bukan itu sahaja, mereka turut menanam kebencian terhadap kaum lain dalam kalangan diri bangsa Cina, demi untuk meraih undi yang maksima daripada kaum tersebut.

Perkara ini diakui oleh Bekas Setiausaha Publisiti DAP Cawangan Taman Nesa, Skudai, A. K. Murugan. Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kajian yang dilakukan oleh Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim, yang menyatakan bahawa pengundi cina sebenarnya adalah rasis.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Politik/20130511/po_03/DAP-yang-rasis-bukan-BN—Bekas-ahli-DAP?t=123#ixzz4t05dhDrb

PAS pula menyifatkan DAP sebagai parti cauvinis, iaitu kumpulan pelampau kaum. Dr Mahathir sendiri turut mengakuinya apabila mengeluarkan kenyataan berkenaan perkara ini dalam Mei 2013. Beliau menyifatkan Lim Kit Siang sebagai Rasis. Ironinya, kini Mahathir bersama dengan Kit Siang dan DAP pula.

http://malaysiadateline.com/pemuda-pas-dakwa-dap-parti-cauvinis-biadab/
http://www.utusan.com.my/berita/politik/kit-siang-rasis-pelampau-perkauman-8211-dr-m-1.471587

Mengikut teori cauvinisme, bangsa lain dianggap sebagai musuh dan boleh melakukan apa sahaja terhadap mereka demi memenangkan kaum yang diperjuangkan. Perkara ini, kini sedang dilakukan oleh DAP apabila memainkan isu kononnya undi PAS sama seperti undi UMNO.

Tujuan isu ini dimainkan bukan untuk menakutkan orang Cina, sebaliknya ia adalah cubaan untuk memecahkan belahkan kekuatan politik Melayu. DAP memahami bahawa terdapat sebahagian orang Melayu yang bencikan UMNO. Kebanyakannya adalah penyokong PAS. Justeru mereka cuba kaitan PAS dengan UMNO supaya orang Melayu tersebut turut menolak PAS sama seperti UMNO. Apabila kedua parti ini ditolak, maka sudah tentulah sokongan akan diraih oleh mereka (DAP dan PH)

Mereka mementingkan sokongan Melayu bukan atas dasar kesamarataan, sebaliknya cuma untuk mencukupkan peratusan undi bagi membolehkan mereka menang dalam pilihanraya. Mereka sedar bahawa mereka tidak akan menang jika sekadar bergantung kepada sokongan Cina yang hanya membentuk kurang daripada 30 peratus dari keseluruhan rakyat Malaysia.

Justeru itu, mereka terdesak untuk mengadakan gabungan dengan parti-parti yang dipimpin oleh orang Melayu. Mereka sanggup bersama dua parti serpihan UMNO iaitu PKR dan PPBM serta menaja sebuah parti serpihan PAS iaitu PAN dengan harapan kedua parti tersebut dapat menarik undi dari penyokong bekas parti asal mereka. Namun mereka tidak mahu untuk bersama dengan dua parti terbesar melayu iaitu UMNO dan PAS. Ini kerana UMNO adalah sebuah parti yang memperjuangkan ketuanan melayu, manakala PAS pula adalah parti yang memperjuangkan Islam. Islam dan Melayu adalah dua institusi yang amat dimusuhi oleh DAP.

Kesimpulannya, Melayu dalam PH hanyalah alat yang dipergunakan DAP untuk mencapai tampuk kekuasaan. Apabila mereka berjaya, tentunya Melayu akan dianaktirikan dan mereka akan terang-terangan membawa agenda cauvinisme dan rasis yang sekian lama diperjuangkan. Bukankah DAP adalah anak rintik PAP di Singapura?

Tiada ulasan: