Isnin, 25 September 2017

BN Selangor pelawa Khalid sertai gabungan bekas MB

ANTARAPOS

Post Pic


SABAK BERNAM: Barisan Nasional (BN) Selangor mengalu-alukan penyertaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk bersama tiga lagi bekas menteri besar daripada parti itu dalam misi menawan kembali negeri berkenaan pada PRU14.
Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, sekiranya Abdul Khalid sudi bersama BN, keputusan itu boleh menyokong usaha pihaknya menunjukkan kepada rakyat mengenai tatacara dan perancangan yang pernah dilaksanakan tiga bekas menteri besar semasa membangunkan Selangor.
Bekas menteri besar yang kembali menyertai BN ialah Tan Sri Muhammad Muhamad Taib manak
ala dua lagi yang dijangka berganding bahu ialah Tan Sri Abu Hassan Omar dan Dr Mohd Khir Toyo.
“Sebagai bekas menteri besar, mereka pasti akan menggunakan landasan ini untuk memberi penerangan dan penjelasan kepada rakyat tentang bagaimana dasar yang dirangka pada zaman pentadbiran mereka dahulu adalah landasan kepada kemajuan Selangor kini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Gelombang Tani Nasional peringkat Selangor, di sini, hari ini.
Ditanya sama ada BN Selangor pernah berbincang dengan Abdul Khalid berhubung gabungan tersebut, Noh enggan mengulas lanjut sebaliknya hanya berkata mengalu-alukan penglibatan ADUN Pelabuhan Klang itu.
Abdul Khalid menyertai Umno sekitar 90-an sebelum menyertai PKR sekitar tahun 2000.
Beliau diangkat sebagai menteri besar Selangor selepas gabungan Pakatan Rakyat menawan negeri berkenaan pada pilihan raya umum 2008.
Bagaimanapun beliau dipecat selepas enam tahun menerajui tampuk pentadbiran negeri berkenaan ekoran pergeseran dengan pemimpin pembangkang lain. 

Tiada ulasan: