Khamis, 21 September 2017

Anwar tidak alami masalah kesihatan – HKL

Wartawan MalaysiaGazette


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi untuk menjalani pemeriksaan berjadual.

Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata, Anwar tidak mengalami masalah kesihatan tetapi akan berada di hospital itu untuk beberapa hari bagi pemeriksaan yang akan dikendalikan oleh sepasukan pakar.

“Ia adalah pemeriksaan berjadual dan pasukan pakar akan mengendalikan beliau,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: