Selasa, 8 Ogos 2017

Umno digesa calonkan Noh di Dun Selangor

MALAYSIA DATELINE

Noh Omar


Umno-BN digesa meletakkan Pengerusi Umno Selangor Tan Sri Noh Omar sebagai calon di Dewan Undangan Negeri (Dun).

Yaakob SapariAhli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik Dr Yaakob Sapari membuat gesaan itu ekoran kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kemenangan parti itu di Selangor bermula di Shah Alam.

“Dalam ucapannya PM menyatakan jika Umno nak tawan Selangor, Umnokena tawan Dun di Shah Alam.

“Jika benar PM Yang diselimuti skandal 1MDB nak tawan Selangor, arahkan Noh Omar bertanding di kerusi DUN, memandangkan beliau Pengerusi UMNO Selangor dan oleh kerana Noh Omar juga tinggal di Shah Alam, minta Noh Omar bertanding di Dun Kota Anggerik. Biar orang bandar menilai Noh Omar Dan Umno,” katanya.

Najib yang juga Presiden Umno sewaktu merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Shah Alam Ahad lalu berkata, perubahan lansksap politik di negeri itu harus bermula dari ibu negerinya di Shah Alam.

"Kalaulah Shah Alam ini merupakan ibu negeri Selangor maka kalau kita nak melakukan perubahan kepada lanskap politik negeri Selangor ini, kalau kita nak BN kembali berkuasa menerajui Selangor ini, perubahan tersebut mestilah lahir berputik dan seterusnya berkembang menjadi gelombang kita yang bermula di parlimen Shah alam ini," katanya.

Yaakob turut menempelak tindakan Najib menabur pelbagai janji kepada penduduk Shah Alam.

Jelasnya, sebagai Perdana Menteri, Najib sepatutnya boleh melaksanakan sesuatu perkara pada bila-bila masa tanpa perlu berjanji ekoran beliau dan Umno-BN memiliki kuasa memerintah.

“Sebagai PM tak payah banyak berjanji, buat sahaja, kami menunggu agar semuanya siap sebelum Disember ini,” katanya.

Tiada ulasan: