Selasa, 1 Ogos 2017

Tarikh akhir berlalu tanpa bayaran 1MDB kepada IPIC, kata sumber

 
Pembayaran perlu dilakukan selewat-lewatnya 12 tengah hari tadi.


1mdb-ipic-malaysia


ABU DHABI: Syarikat pelaburan milik kerajaan Abu Dhabi, Mubadala berkata ia masih menunggu pemberitahuan daripada bank berkenaan pembayaran balik pertama oleh 1MDB sebanyak AS$600 juta, yang perlu dibuat selewat-lewatnya jam 12 tengah hari waktu Malaysia hari ini.

Pembayaran itu sepatutnya dilakukan selewat-lewatnya tengah malam Selasa waktu New York, iaitu jam 12 tengah hari waktu Malaysia hari ini.

Kekeliruan timbul selepas akhbar The Edge memetik sumber yang tidak dinamakan sebagai berkata 1MDB gagal membuat pembayaran tersebut.

Sementara itu, ketika dihubungi FMT, Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy enggan memberikan sebarang ulasan.

1MDB mencapai persetujuan pada April lalu untuk membayar IPIC, yang kini bergabung dengan Mubadala, sebanyak AS$1.2 bilion dalam 2 ansuran.

Firma bermasalah itu berkata pembayaran dilakukan melalui unit pelaburannya.

Sementara itu, Bloomberg memetik sumber berkata 1MDB gagal membuat bayaran itu hari ini.

Menurutnya, IPIC akan membuat pengumuman mengenainya di London hari ini. 

Tiada ulasan: