Jumaat, 11 Ogos 2017

SPRM tahan exco Pulau Pinang

Astro Awani
SPRM tahan exco Pulau Pinang
SPRM menahan exco kerajaan Pulau Pinang, Phee Boon Poh petang ini bagi membantu siasatan kes kilang haram memproses penapis karbon di Sungai Lembu, Bukit Mertajam. -Gambar fail
 
 
GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan exco kerajaan Pulau Pinang, Phee Boon Poh petang ini bagi membantu siasatan kes kilang haram memproses penapis karbon di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.

Awal petang tadi, SPRM menyerbu pejabat Boon Poh yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Puyu mewakili DAP.
 
Boon Poh diberi tanggungjawab mengetuai portfolio Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar dalam kerajaan Pulau Pinang.

Tiada ulasan: