BUTTERWORTH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini
menyerbu pusat perkhidmatan exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh.
Boon Poh yang juga ADUN Sungai Puyu turut dilihat bersama pegawai SPRM
ke pusat perkhidmatnya yang terletak di Jalan Ong Yi How sekitar jam
12.15 tengah hari.
SPRM dilaporkan menghabiskan masa lebih sejam menggeledah premis itu.
Kira-kira pukul 1.25 petang, Boon Poh yang memakai baju lokap SPRM
berwarna jingga diiringi keluar dari premis itu dalam keadaan bergari.
Boon Poh direman selama lima hari bagi membantu siasatan ke sebuah kilang haram di Kampung Sungai Lembu, Bukti Mertajam.
Seorang pengurus dan anak lelakinya yang juga pengarah kilang itu turut direman selama lima hari.
Boon Poh yang juga Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam
Sekitar Pulau Pinang ditahan SPRM ketika hadir memberi keterangan di
Pejabat SPRM negeri itu.
Pejabatnya yang terletak di tingkat 53 Komtar turut diserbu pegawai SPRM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan