shahbudindotcom
Apa lagi nak dikata, kalau bukan inilah bukti paling sahih lagi nyata bahawa 1MDB sebenarnya tiada wang dalam kantungnya.
Hutang
kepada IPIC berjumlah AS$603 juta atau RM2,600 juta yang sepatutnya
dibayar pada 31 Julai lalu tak dapat dilaksanakan, kemudian ditangguhkan
selama lima hari juga tak mampu dilunaskan.
Kini
diberikan pula tarikh baru sehingga 31 Ogos. Dulu, minta tangguh lima
hari konon kerana masalah teknikal, kali ini tertangguh sampai 31 Ogos,
apa pula alasannya?
Kenapa tak mengaku saja duit tiada?
Tapi kali ini pun tak tahu sama ada sama bayaran boleh dilunaskan atau mungkin akan tertangguh sekali lagi.
Jika
sudah dua kali penangguhan dibuat kerana tidak mampu membuat bayaran,
tidak mustahil janji pembayaran pada 31 Ogos nanti juga akan dimungkiri.
Orang
yang tiada wang, tapi suka berlagak macam banyak wang memang suka
bertangguh-tangguh membayar hutang. Sekali dua dapat menangguh, bukanlah
pelik jika mereka terus menangguhnya buat kali ketiga dan seterusnya.
Ketika
IPIC memberi penangguhan selama lima hari dulu, mereka menyatakan jika
tertangguh sekali lagi ia akan menyebabkan 1MDB terikat dengan obligasi
tambahan yang mungkin berupa beban caj akibat kegagalan tersebut.
Oleh
itu, dengan penangguhan yang agak lama iaitu sehingga 31 Ogos, sudah
pasti caj tambahan yang terpaksa dibayar bukanlah kecil jumlahnya.
Jumlah
RM2,600 juta yang perlu dibayar kepada IPIC itu adalah bersamaan dengan
jumlah wang yang pernah mengalir masuk ke dalam akan peribadi Najib
Razak sebelum ini.
Selepas
bayaran pada 31 Ogos nanti, itu pun jika wang benar-benar sudah
ada,1MDB perlu membayar sekali lagi dengan jumlah yang sama iaitu AS$603
juta atau RM2,600 juta kepada IPIC pada 31 Disember akan datang.
Dengan
itu, 31 Ogos dan 31 Disember depan adalah tarikh yang terus mendebarkan
buat kita semua, kalau pun tidak sekali lagi memalukan Malaysia di mata
dunia setelah skandal 1MDB di tahun-tahun kebelakangan ini sudah banyak
diperkatakan di seluruh dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan