Khamis, 3 Ogos 2017

Pulau Pinang berusaha bina rumah PPR

 MALAYSIA DATELINE

Jagdeep Singh Deo


Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo menegaskan komitmen kerajaan negeri untuk membina unit kediaman projek perumahan rakyat (PPR) di negeri itu.

Menurut Jagdeep, beliau sendiri telah berbincang dengan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar mengenai keperluan Kerajaan Pusat membina lebih banyak unit PPR di negeri ini pada Mac lalu.

Malahan tambah beliau, Ketua Menteri Lim Guan Eng turut mencadangkan sebidang tanah berkeluasan 14.647 hektar di Jelutong untuk kerajaan pusat membina projek PPR.
"Walaupun surat (daripada Guan Eng) bertarikh 20 April 2017 tersebut telah dihantar kepada Menteri KPKT, malangnya sehingga sekarang tidak sebarang maklum balas.
"(Maka) janggal sekali ada pihak tertentu di dalam keadaan sedemikian membangkitkan isu kekurangan unit PPR di Pulau Pinang adalah diakibatkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang," tegas Jagdeep sambil mendesak Kerajaan Pusat supaya segera membina unit kediaman PR1MA dan PPR di negeri ini.

Tiada ulasan: