Jumaat, 4 Ogos 2017

PRU 14: PAS Perak akan tanding sebanyak mungkin

 
 

PAS Perak mengesahkan mereka akan bertanding sebanyak mungkin kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

Pesuruhjaya Perak Razman Zakaria berkata, mereka tidak bersangkut paut dengan mana-mana parti di dalam menentukan kerusi yang akan dipertandingkan.

"Kita tidak sangkut dengan siapa-siapa, berdasarkan kekuatan kita jadi kita boleh letak calon di mana-mana kita ada kekuatan," tegas beliau

Beliau berkata, sehingga kini PAS Perak sedang menumpukan kerja-
kerja pilihan raya untuk 39 kerusi Dun dan 11 kerusi parlimen yang akan bertanding nanti.

Bahkan katanya, tidak akan timbul soal bimbang berlakunya tiga penjuru kerana PAS tidak perlu ada rundingan dengan mana-mana parti untuk menentukan kerusi yang dipertandingkan.

Pada PRU-13 yang lalu sebanyak 24 kerusi parlimen dipertandingkan manakala sebanyak 56 kerusi DUN di mana PAS dan PKR masing-masing sebanyak lima kerusi, BN 31 kerusi dan DAP sebanyak 18 kerusi.

Konflik yang berlaku selepas PRU-13 itu, kerusi Parlimen Bukit Gantang yang diwakili Idris Ahmad terus istiqamah bersama PAS tetapi satu lagi kerusi PAS, Parlimen Parit Buntar menjadi milik PAN selepas wakilnya Dr Mujahid Yusuf Rawa bertindak keluar parti.

Begitu juga bagi kerusi DUN yang dimenangi PAS dalam PRU 13 lalu iaitu Titi Serong, Gunung Semanggol, Selinsing, Changkat Jering dan Sungai Rapat

Tiada ulasan: