Oleh Nur Atiqah Abdul Samad
SHAH ALAM: Pelantikan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamad Azmin
Ali sebagai pengarah pilihan raya Pakatan Harapan (PH) mengundang
kritikan beberapa penyokong parti terutamanya PKR.
Seorang penyokong yang dikenali sebagai Awang memuatnaik status di
laman sosial Facebook, mempersoalkan pelantikan itu yang dakwanya bakal
disalahgunakan Menteri Besar Selangor itu dalam menentukan calon yang
layak untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Penentuan calon yang akan bertanding semua terletak di tangan dia,"
katanya yang memuatnaik status itu 16 jam lalu sehingga berita ini
ditulis.
Ekoran kecewa dengan pelantikan itu, Awang juga mengambil keputusan
untuk tidak mengikuti perkembangan politik sampai bila-bila.
Malah beliau turut meminta rakan-rakan Facebooknya untuk tidak memberitahunya apa jua berita berkaitan dengan dunia politik.
"Dengan ini saya mengumumkan mulai hari ini saya tidak akan mencampuri
sebarang urusan politik lagi buat selama-lamanya.... Kepada kawan-kawan,
saya minta jangan 'tag' saya lagi apa-apa berita mengenai politik
selepas ini," katanya yang jelas kecewa dengan pelantikan tersebut.
Status berkenaan mendapat perhatian beberapa penyokong PH yang lain, Muhammad Saufi Miad yang turut menyokong tindakan Awang.
"Yup! Kami juga mengambil keputusan yang sama untuk tidak mncampuri lagi urusan PH lagi!," katanya.
Seorang netizen yang bernama Better Man berkata, juga mempersoalkan
kredibiliti dan atas dasar kelayakan apa Azmin dilantik memegang jawatan
itu.
"Apa punya tangkal jemin (Azmin) ni pakai.. Sampai semua ikut... tak
ada yang lagi kaliber dari jemin (Azmin) ke?," soal beliau.
Semalam Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan, Azmin sebagai pengarah
pilihan raya gabungan bagi mengukuhkan jawatankuasa pilihan raya yang
dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yasin.
Azmin merupakan naib presiden gabungan.
Mohamad Sabu, yang juga timbalan presiden PH, dilantik pengerusi
jawatankuasa komunikasi dan mobiliti, manakala Zuraida Kamaruddin
dilantik Ketua Wanita PH.
Dr Mahathir turut mengumumkan pelantikan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai pengerusi PH Pulau Pinang.
Azmin sebagai pengerusi PH Selangor dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi PH Johor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan