Selasa, 1 Ogos 2017

PAS sedia cabar PKR, DAP di Pahang

Berita Daily Staff

Tiga Parlimen yang disifatkannya sebagai kerusi panas adalah Bentong, Kuantan dan Indera Mahkota

KUALA LUMPUR: PAS umum bakal bertanding di tiga kerusi Parlimen di Pahang manakala semua Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Mengesahkannya Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar tiga Parlimen yang disifatkannya sebagai kerusi panas adalah Bentong, Kuantan dan Indera Mahkota.

“PAS Pahang memutuskan demikian setelah menerima desakan jentera pilihan raya dan akar umbi parti ini setelah PAS tidak mempunyai apa-apa ikatan lagi dengan PKR dan DAP,” katanya dalam sidang media Majlis Ramah Mesra PAS Pahang bersama Media, di Medan Warisan di Kuantan, semalam.

Kerusi Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota diwakili oleh PKR manakala DAP bertanding di Bentong pada pilihan raya yang lalu.

Parlimen Indera Mahkota pula kekal milik PAS menang di DUN Beserah dan PKR menang di DUN Semambu pada PRU lalu.

Manakala di Kuantan, PAS menang di DUN Tanjung Lumpur dan PKR menang di Teruntum tetapi tewas di Inderapura.

Rosli pada Konvensyen PAS Pahang April lalu, mengumumkan bahawa PAS bakal bertanding sekurang-kurang 30 kerusi DUN dan 10 parlimen di negeri tersebut.

Tiada ulasan: