Isnin, 7 Ogos 2017

Mahkamah putuskan Seksyen 62 SPRM langgar Pelembagaan

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengisytiharkan Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, berhubung rayuan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon.
 
Seksyen 62 menetapkan bahawa selepas pihak pendakwaan menyerahkan dokumen, tertuduh perlu menyerahkan pernyataan pembelaan kepada pendakwaan sebelum perbicaraan bermula, tanpa had masa ditetapkan.
 
Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Umi Kalthum Abd. Majid yang bersidang bersama Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Abdul Rahman Sebli selepas mendengar penghujahan panjang lebar pihak perayu-perayu dan responden.
 
Memetik laporan Utusan Malaysia, tiga hakim berkenaan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang menolak permohonan kedua-duanya untuk membatalkan Seksyen 62 dan mengisytiharkannya sebagai tidak sah.
 
Pada 30 Jun tahun lalu, Guan Eng mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan rasuah berkaitan penukaran status tanah daripada pertanian kepada perumahan dan pembelian sebuah banglo RM2.8 juta di bawah nilai pasaran.
 
Jika sabit kesalahan, Guan Eng berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.
 
Pertuduhan kedua terhadap Guan Eng melibatkan tuduhan membeli sebuah banglo di Jalan Pinhorn pada 28 Julai 2015 dari Phang, yang memiliki 30 peratus kepentingan dalam Magnificent Emblem.
 
 

Tiada ulasan: