Rabu, 9 Ogos 2017

Kerajaan batal 11 syarikat tawar pakej umrah palsu


Muhammad Azizul Osman

Temubual Eksklusif Malaysia Gazette bersama Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL
 


KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa 11 syarikat pelancongan telah disenarai hitamkan disebabkan menipu pakej umrah.

Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, tindakan keras itu diambil bagi memastikan aktiviti pelancongan pakej umrah tidak terus menjadi ‘lubuk emas’ buat syarikat pelancongan dari terus menipu masyarakat Islam.

“Bagi tahun 2009 sehingga 2017, sebanyak 14 syarikat yang mengendalikan aktiviti pelancongan dan juga pengendalian umrah dan ziarah telahpun diambil tindakan.

“Daripada jumlah tersebut, 11 syarikat telahpun dibatalkan lesen dan satu syarikat telahpun ditarik balik lesen pelancongan luar negaranya setelah didapati bersalah melanggar Akta 482 yang melibatkan elemen penipuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Datuk Seri Abdul Azeez Bin Abdul Rahim (BN-Baling) di Dewan Rakyat, hari ini.

Selain senarai hitam, syarikat-syarikat berkenaan juga telah dibatalkan lesen mereka, pembatalan lesen, serta menghalang mereka daripada meneruskan aktiviti pengendalian umrah dan ziarah.

Selain 11 syarikat berkenaan, kementerian masih lagi menyiasat beberapa lagi syarikat yang mengendalikan pakej umrah dan ziarah yang bakal dikenakan tindakan jika disabitkan kesalahan. -MalaysiaGazette.

Tiada ulasan: