Ahad, 13 Ogos 2017

Jangan terpedaya kutipan derma guna nama MB Terengganu

Bernama
Ahmad Razif Abd. Rahman



KUALA TERENGGANU – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan kutipan derma yang menggunakan nama Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politik Ahmad Razif, Prof Madya Dr Mohd Rozailan Mamat hari ini, kutipan derma itu didakwa dibuat sempena jamuan makan amal.

“Pihak kami juga ingin menegaskan bahawa Pejabat Menteri Besar tidak pernah memberi sebarang kelulusan atau kebenaran kepada mana-mana individu, persatuan, atau pertubuhan menggunakan nama baik Menteri Besar Terengganu bagi tujuan kutipan derma.

“Kami kesal dengan tindakan penyalahgunaan nama baik Menteri Besar dalam aktiviti memohon sumbangan tersebut dan menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya dan diminta berhubung dengan Pejabat Menteri Besar Terengganu jika terdapat sebarang keraguan,” demikian menurut kenyataan itu.-BERNAMA


Tiada ulasan: