Selasa, 1 Ogos 2017

Gelaran ‘Bapa Pemodenan’ Tun M masih kekal dalam buku teks


ISMA WEB
 


KUALA LUMPUR– Kementerian Pelajaran masih mengekalkan gelaran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘Bapa Pemodenan’ dalam buku teks sekolah.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, buku teks oleh Kementerian Pelajaran ditulis berdasarkan dokumen dan fakta kurikulum.

“Fakta itu (status Dr Mahathir sebagai Bapa Pemodenan) masih relevan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut), hari ini.

Lim bertanya sama ada kerajaan masih mengiktiraf status bekas perdana menteri selama 22 tahun itu sebagai Bapa Pemodenan.


Tiada ulasan: