Selasa, 1 Ogos 2017

FIC: SPRM tahan bekas pegawai khas Isa Samad

ISMA WEB
 


KUALA LUMPUR – Bekas pegawai khas kepada mantan pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad ditahan bagi membantu siasatan berhubung pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak.

Mengesahkan penahanan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, individu itu ditahan jam 4 pagi tadi di pejabat SPRM Putrajaya selepas hadir memberi keterangan.

Zahid Md Arip, 51, direman selama lima hari bermula hari ini sehingga 5 Ogos depan.

Zahid adalah individu kelima yang ditahan berhubung siasatan pembelian hotel itu yang disyaki dibeli dengan harga lebih tinggi daripada pasaran.

SPRM memulakan siasatan ke atas pembelian hotel pada 2004 di Kuching itu susulan maklumat yang diterima oleh pasukan penyiasat ketika menjalankan siasatan terhadap pembelian hotel di London oleh FIC sebelum ini

Tiada ulasan: