Selasa, 1 Ogos 2017

Dedah IC Dr M: Pemuda MIC kecewa tindakan tidak matang TPM

Berita Daily Staff

Tindakan Zahid mendedahkan indentiti peribadi Dr Mahathir menunjukkan beliau kelihatan tidak berbeza daripada golongan rasis lain

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Pemuda MIC menyatakan tindakan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang mendedahkan maklumat peribadi bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, merupakan satu perbuatan yang sangat memalukan.

Malah, katanya generasi muda masa kini tidak bersabar-sabar untuk melihat kematangan politik baru.

Dalam satu catatan Facebook, Ganesan Seerangam, Ketua Biro Pendidikan Tinggi Pemuda MIC
Kebangsaan berkata bahawa tindakan Zahid mendedahkan indentiti peribadi Dr Mahathir menunjukkan beliau kelihatan tidak berbeza daripada golongan rasis lain.

“Dia lari fikirannya, perkataan, penghormatan dan perkara terburuk, reputasinya di depan semua rakyat Malaysia. Dia kelihatan tidak berbeza daripada golongan rasis lain. Satu perbuatan memalukan paling teruk. Generasi muda tidak sabar-sabar untuk kematangan politicial baru (He runout his mind, his word, his respect and the worst thing, his reputation in front of all Malaysians. He looked no different than other racists. A worst shameful act. The younger generation looking forward for new politicial maturity! My two cents!),” kata beliau.

Malah, Ganesan turut mempertahankan pandangan beliau dengan katanya ia adalah hak beliau menyatakan pendirian walaupun Zahid merupakan salah seorang pemimpin tertinggi BN.

“Beliau seorang insan biasa dan berkhidmat sebagai TPM. Bukan Tuhan,(He is normal human being and serve us as a DPM, not god sir)” tegas Ganesan ketika menjawab salah satu komen di Facebook.

Terdahulu, Zahid pada Ahad menunjukkan salinan kad pengenalan (IC) Mahathir, yang memaparkan namanya sebagai “Mahathir a/l Iskandar Kutty” ketika mengimbas sejarah bekas Perdana Menteri yang berketurunan India itu dan mendakwa bekas perdana menteri itu mempergunakan orang Melayu selama 22 tahun pentadbirannya.

Tiada ulasan: