Rabu, 9 Ogos 2017

Buli: 15 pelajar kolej vokasional direman

ISMA WEB
 


KUALA TERENGGANU – Mahkamah mengeluarkan perintah reman selama empat hari terhadap 15 pelajar sebuah kolej vokasional di Kuala Nerus selepas dipercayai terbabit dalam kes buli dua pelajar junior, semalam.

Kesemua suspek berusia antara 16 dan 17 tahun itu ditahan kira-kira jam 8 malam, semalam selepas polis memanggil penjaga menyerahkan anak mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.

Penolong Pendaftar Mahkamah, Roszita Md Saad mengeluarkan perintah reman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Media sebelum ini melaporkan, dua pelajar lelaki dari kolej berkenaan cedera di bahagian belakang badan dan kaki akibat dipukul 20 pelajar senior kira-kira jam 1.30 pagi, kerana tidak mengikut arahan
Kejadian itu menyebabkan Ahmad Zikrill Azim dan Wan Ahmad Faris Zakaria yang masing-masing berusia 16 tahun cedera di kaki dan calar di badan.

Ahmad Zikrill terpaksa dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) apabila pengsan selepas disoal siasat polis berhubung kes terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.


Tiada ulasan: