Selasa, 8 Ogos 2017

Buaya 300kg ditangkap di Kinabatangan

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KOTA KINABALU: Seekor buaya sepanjang enam meter berjaya ditangkap di ladang kelapa sawit dekat Sukau di Kinabatangan pada Isnin.
 
Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sabah, Kolonel Mulliadi AlHamdi berkata, buaya seberat 300 kilogram itu dikesan pekerja ladang pada pagi Isnin.
 
Beliau berkata, pasukannya menangkap haiwan itu selepas menerima panggilan kecemasan daripada salah seorang pekerja ladang.
 
Tambahnya, usaha menangkap buaya tersebut mengambil masa lebih dua jam dengan bantuan polis dan renjer Jabatan Hidupan Liar.
 
Buaya yang ditangkap itu kemudiannya diserahkan kepada pihak Jabatan Hidupan Liar.
 
 

Tiada ulasan: