Rabu, 9 Ogos 2017

Berniaga Nasi Lemak sudah 10 tahun, tapi MBPJ arah kosongkan kiosk

Oleh Zeanaaima Mohd Yusof
Post Pic
 
 
KOTA DAMANSARA: 'Saya sudah berniaga di sini 10 tahun, tapi diarahkan kosongkan kioks ini', keluh seorang peniaga Kiosk Seksyen 6, berdekatan flat Gugusan Seroja,  Mohd Yusuf Mohd Khalil.
 
Mohd Yusuf berkata dia diarahkan berbuat demikian selepas Jabatan Perlesenan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menuduhnya tidak berniaga sendiri di kiosk miliknya, sebaliknya menyewakannya kepada pihak ketiga. 
 
Jelas Yusuf, ketika pegawai MBPJ hadir membuat bancian, dia sedang sibuk memasak Nasi Lemak, untuk dijual di Kiosknya.
 
Ketika itu hanya pekerjanya berada di kiosk untuk menjaga perniagaannya.
 
"Saya sudah berniaga di sini sudah 10 tahun. (MBPJ) kata saya tak berniaga sendiri. Saya pergi ke MBPJ buat aduan. Katanya tuan kedai seharusnya ada di kedai, sedangkan pagi saya masak di rumah. 
 
"Nasi lemak yang saya buat setiap hari banyak. Jadi saya tidak mampu berada di kedai (setiap masa). Jadi saya dibantu pekerja (untuk jaga kedai)," ujarnya kepada Antarapos.
 
Yusuf berkata kiosk miliknya memiliki ruang yang terhad dan amat mustahil untuknya memasak dan melakukan proses pembungkusan Nasi Lemak di situ.
 
Ujarnya, purata Nasi Lemak yang dihasilkannya setiap hari mencecah 1000 bungkus dan jumlah itu akan berganda pada hari minggu serta hari cuti umum.
 
"Kalau saya tahu (pegawai MBPJ) datang, saya akan turun (ke kiosk) sekejap. Ajak dia (pegawai MBPJ) naik ke atas (rumah saya) untuk tunjukkan saya sedang memasak di rumah (untuk jualan). 
 
"Saya ada buat rayuan. Tapi memang dia (pegawai MBPJ) tidak terima. Saya ada surat sokongan Ahli Majlis, sokongan surau dan sokongan daripada Majlis Perwakilan Penduduk," kelunya.
 
Yusuf berkata usahanya membuat rayuan kepada Jabatan Perlesenan MBPJ sudah berlarutan hampir empat bulan, namun tiada perkembangan positif menyebelahinya setakat ini.
 
Sementara itu, Ahli MPP Zon 3, Gugusan Seroja, Roslan Mat mempersoalkan tindakan Jabatan Perlesenan MBPJ yang menuduh tanpa bukti dan enggan mendengar penjelasan daripada Yusuf.
 
"Bila dia dapat kioks lebih kurang 12 tahun dulu dan dia tak pernah sewa kepada sesiapa pun. Satu selalu makan kat kedai dia. Tapi kenapa dia dapat notis (dari MBPJ) mengatakan dia (Yusuf) sewakan kioks itu kepada orang lain? Itu satu fitnah. Itu satu kezaliman," tegasnya.
 
Roslan yang juga aktivis Otai Reformis Kota Damansara menyoal tindakan PBT itu yang sudahpun melantik peniaga baru untuk mengambilalih kioks berkenaan, sedangkan proses rayuan Yusuf sedang berjalan.
 
"(Pegawai MBPJ) nak cadangkan (kiosk pada) saudara mara dia ke? Saya nak tanya, kenapa notis terakhir dia suruh tolong kosongkan kedai ini sebab nak bagi orang lain. Dan dia dah lantik peniaga baru pun," soal Roslan.
 
Menerima nasib yang sama, pemilik kiosk bernombor enam, Noormawati Hashim yang terpaksa meminta tolong kakaknya mengambilalih sementara perniagaannya.
 
Kakaknya, Nor Nazura Hashim memberitahu Noormawati terpaksa pulang ke kampung untuk menjaga bapa mereka yang mengidap penyakit angin ahmar.
 
"Saya tak tahu nak cakap apa dah. Saya dah pergi buat rayuan banyak kali (pada MBPJ). Adik saya (Noormawati) pergi ke pejabat MBPJ sudah banyak kali. Tapi masih rayuan kami masih ditolak. Saya sertakan laporan kesihatan bapa saya pun masih ditolak juga," ujarnya.
 
Roslan yang turut mengikuti perkembangan rayuan Nazura berkata pihak berwajib berlaku tidak adil kepada dua beradik itu.
 
"Hamba Allah ini bukan tak nak berniaga tapi sebab terpaksa jaga bapa dia. Bukan dia serah begitu sahaja pada kakak dia. 
 
"Tapi kakak dia seolah-olah kerja dengan adiknya. Dia hanya ganti sebab itu sumber untuk cari makan, bagi bantu bapanya yang sedang sakit," jelas Roslan.
 
Ahli Majlis Zon 3, Petaling Jaya Utara 4 dan Petaling Jaya Utara 5, Shatiri Mansor ketika ditemui Antarapos memberitahu beliau sedaya upaya sedang berunding dan menyelesaikan masalah yang dihadapi peniaga di kiosk itu.
 
"Saya ada buat rayuan dan saya kenal dorang (peniaga). Saya datang sini selalu. Saya kenal semua peniaga. 
 
 

Tiada ulasan: