Selasa, 1 Ogos 2017

Anak pelarian Rohingya yang lahir di Malaysia tiada keistimewaan

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Tiada sebarang keistimewaan diberikan kepada anak golongan pelarian etnik Rohingya yang dilahirkan di negara ini, demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.
 
Ujar Shahidan, walaubagaimanapun semua pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) termasuk daripada etnik berkenaan diberikan akses dari segi pendidikan dan perubatan, selain projek perintis kebenaran bekerja.
 
"Semua pemegang kad UNHCR termasuk Myanmar bebas bergerak, bebas amalkan budaya dan kepercayaan agama, mendapat potongan caj di hospital kerajaan sebanyak 50 peratus berbanding warga asing lain, dan ada akses pendidikan swasta. Walau bagaimanapun sekiranya pemegang kad lakukan aktiviti melanggar perundangan negara, tindakan akan diambil.
 
"Kerajaan tak iktiraf status pelarian etnik Rohingya ini memandangkan Malaysia bukan negara pemihak kepada Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967.
  
"Namun demikian atas dasar kemanusiaan, kerajaan benarkan pemegang kad UNHCR termasuk Rohingya tinggal sementara sehingga pulang negara asal atau diletakkan di negara ketiga," katanya di dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.
 
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Keterh, Tan Sri Annuar Musa yang meminta kerajaan menyatakan pendirian terhadap pelarian etnik Rohingya dan keistimewaan yang diterima oleh anak golongan berkenaan.
 
Dalam pada itu kata beliau, kerajaan juga tidak berhasrat untuk melaksanakan proses asimilasi terhadap golongan tersebut kerana mengambilkira pelbagai aspek.   
 
"Jika laksanakan program asimilasi ni, maknanya kita ada niat untuk jadikan mereka warganegara. 
 
"Kalau buka 'floodgate' sudah pasti lebih ramai yang nak duduk di sini," katanya lagi namun menambah, kerajaan sedia menimbangkan pelbagai cadangan untuk mengatasi isu berkaitan golongan berkenaan.
 
 

Tiada ulasan: