Sabtu, 12 Ogos 2017

Anak Exco Kedah, rakan maut kemalangan

ANTARAPOS.COM

Post Pic


KUBANG PASU: Anak Exco, Datuk Aminuddin Omar dan seorang rakannya maut setelah pikap dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh pokok di Kilometer 12.7 Lebuh Raya Changlun di Kampung Bendang Perang di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa, Irfan Aminudin, 20, dari Taman Tunku Sarina Jitra di sini dan rakannya, Wan Khuzairi Wan Cik, 27, dari Kampung Padang Terap meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit pada kenderaan berkenaan.

Keadaan kenderaan yang dinaiki mangsa.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.30 petang berhubung kejadian.

"Setiba di lokasi kejadian didapati dua lelaki tersepit dalam kenderaan pikap jenis Toyota Hilux yang dipercayai terbabas dan  melanggar pokok di lebuh raya.

"Kedua-duanya berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba namun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan," katanya di sini hari ini.

Tiada ulasan: