Jumaat, 4 Ogos 2017

4 langkah jemaah haji boleh elak virus Mers-CoV


virus Mers-CoV


SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi peringatan info grafik kepada bakal jemaah Haji yang akan berangkat ke Tanah Suci.

Info yang dikongsi menerusi laman Facebook  merupakan langkah penularan jangkitan Mers-CoV melalui pendedahan langsung kepada unta.

"Pertama, elakkan kontak langsung kepada haiwan unta, kedua, masak daging unta dengan sempurna sebelum dimakan.

"Selain itu, unta yang dijangkiti menyebarkan jangkitan melalui cairan mata dan hidung serta cairan badan lain, oleh itu didihkan dahulu susu unta sebelum meminumnya.

"Akhir sekali, langkah pencegahan terbaik adalah mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi dan elakkan kontak kepada unta," katanya.

Tiada ulasan: