Selasa, 8 Ogos 2017

1MDB diberi masa hingga 31 Ogos lunas hutang

MALAYSIA GAZETTE
KUALA LUMPUR – Abu Dhabi memberikan tempoh sehingga 31 Ogos ini kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menyelesaikan hutang bernilai AS$603 juta, menurut sumber yang tahu mengenai perkara itu.

Tempoh tamat pembayaran hutang abritrasi itu ialah pada Selasa lalu.

Di bawah perjanjian yang diputuskan pada bulan April lalu, International Petroleum Investment Company (IPIC) telah bersetuju untuk membayar sejumlah AS$1.2 bilion dengan dua kali bayaran kepada IPIC.

Bayaran pertama berjumlah kira-kira AS$600 juta yang perlu dijelaskan pada 31 Julai.

Bagaimanapun, 1MDB gagal melaksanakan komitmen itu.

Tetapi dana kekayaan berdaulat Abu Dhabi itu memberikan tempoh lima hari lagi yang berakhir pada hari ini. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: