Rabu, 5 Julai 2017

Wanita hina Agong ditahan

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita kerana memuat naik gambar menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di laman Facebook, pada 25 Jun lalu. 
 
Wanita berusia 41 tahun yang juga pengurus ladang di Kunak, Sabah itu ditahan di sebuah rumah di Taman Usahawan, Kepong, di sini, jam 11.56 malam tadi. 
 
Timbalan Pengarah JSJK (Siber dan Siasatan Multimedia) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamaruddn Md Din, berkata sebuah telefon bimbit, komputer riba, modem dan router turut dirampas dari kediaman itu untuk siasatan. 
 
"Suspek ditahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Permohonan reman masih dalam proses," katanya di sini, hari ini.
 
Penahanan wanita itu turut dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya rasminya (@KBAB51), pagi tadi.
 
"Syabas JSJ KL @PDRMsia berjaya tangkap 'Catt Ginger' yang menghina KDYMM YDP Agung. #GoPDRMGo," katanya.
 
Terdahulu, wanita itu yang menggunakan nama 'Catt Ginger' pada akaun Facebooknya didakwa memuat naik gambar Sultan Muhammad V yang disunting pada bahagian hidung menyerupai hidung khinzir.
 
Gambar itu dimuat naik bersama komen, 'Selamat Hari Raya' pada hari pertama Aidilfitri yang kemudian viral di media sosial. 
 
Ia mengundang kecaman netizen yang menggesa polis mengambil tindakan segera dengan menahan individu biadap tersebut.
 
Beberapa laporan polis berhubung perkara itu turut dibuat. 


Tiada ulasan: