shahbudindotcom
Kejayaan Pakatan Harapan membentuk struktur kepimpinan, sekaligus
bermakna perbalahan dan perbezaan pendapat mengenai kedudukan serta
jawatan sudah pun berakhir serta mematikan isu DAP sebagai ancaman,
akhirnya telah membuatkan pimpinan UMNO mati akal dan kemurungan.
Dalam
struktur kepimpinan itu, walaupun di peringkat tertingginya masih
diketuai majoriti pemimpin lama, tetapi ia adalah keperluan dan suatu
komiten terbaik untuk menyingkirkan Najib Razak, UMNO dan BN.
Dengan
pengalaman, aura dan pengaruh tersendiri mereka itu, ajakan kepada
rakyat untuk melakukan perubahan lebih mungkin menjadi realiti
berbanding jika terus pemimpin muda mengemudi pilihanraya. Setelah
memenangi pilihanraya dan mendapat kuasa, pemimpin lama dan
berpengalaman ini tidak mungkin terlalu lama berada di atas sana.
Berapa
lama Tun Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim, Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan
Muhyiddin Yassin boleh bertahan dalam usia mereka yang kian meningkat
sekatang?
Mereka berada di kedudukan sekarang
hanyalah sebagai pembimbing dan peneraju sementara sebelum
menyerahkannya kepada pemimpin-pemimpin muda yang berada di lapisan
kepimpinan kedua.
Berbanding UMNO yang mungkin
hanya ada Khairy Jamaluddin sebagai pemimpin muda, Pakatan Harapan
sebaliknya ada Azmin Ali, Rafizi Ramli, Mukhriz Mahathir, Tony Pua,
Nurul Izzah, Syed Saddiq dan sederetan yang lain lagi.
Sebab
itu, struktur kepimpinan Pakatan Harapan ini mudah difahami oleh rakyat
bahawa ia tidak lain bertujuan untuk lebih memungkinkan Najib dapat
disingkirkan dan UMNO serta BN boleh dikalahkan. Setelah proses
pemulihan negara dilakukan, giliran yang mudalah pula mengambil alih
kepimpinan kerajaan.
Oleh kerana tiada lagi
alasan dan sama mati akal untuk terus menyerang, Zahid Hamidi hanya
mampu mengatakan struktur kepimpinan Pakatan Harapan itu umpama kapal
yang mempunyai tiga nakhoda yang berbeza haluan yang katanya, lebih
mungkin akhirnya akan karam di lautan politik penuh cabaran.
Tetapi
Zahid Hamidi mungkin terlupa bahawa tiga nakhoda berkenaan tidak lagi
berbeza haluan, sebaliknya sudah sehati sejiwa dan setuju untuk bergerak
dengan satu tujuan.
Tidakkah kapal yang
dikendali oleh tiga nakhoda yang sehati sejiwa akan jadi lebih terurus
dan mampu meredah ombak serta badai di lautan berbanding kapal yang
dikendali hanya seorang nakhoda, lebih-lebih lagi jika nakhoda itu lanun
yang tentunya lebih sibuk menjaga hasil samunannya semata-mata?
Yang
paling terbaik, tentunya berdasarkan pengalaman Tun Mahathir dan
kesediaan serta jiwa besar Lim Kit Siang untuk bertoleransi, struktur
kepimpinan Pakatan Harapan itu secara langsung membunuh semua percubaan
UMNO untuk mengaitkan DAP sebagai ancaman kepada kedudukan orang-orang
Melayu serta masa depan negara.
Jika dulu
Salleh Said Keruak mengatakan Pakatan Harapan adalah gabungan yang akan
dikuasai oleh DAP serta beberapa yang lain pula mengatakan Lim Kit Siang
akan dilantik sebagai Perdana Menteri, lucu sekali apabila selepas
struktur kepimpinan baru ini diumumkan, mereka berteriak bertanya, di
mana pemimpin DAP dalam tiga kedudukan tertinggi Pakatan Harapan?
Pemimpin UMNO ini benci dan cuba menakutkan orang Melayu dengan DAP atau mereka sebenarnya sayangkan DAP?
Lantaran
kemurungan, terdesak dan mati akal itu, apa yang mampu mereka lecehkan
sekarang hanyalah berkaitan logo Pakatan Harapan atau singkatannya
Harapan saja.
Ada yang mengatakan logo itu
macam roket DAP, mirip lambang Star Trek, seperti bungkusan nasi lemak,
malah ada yang menyamakannya dengan bentuk hidung Tun Mahathir.
Adoiii...kesiannnnya mereka!!
Nampak
sangat mati akal tahap kronik sedang melanda dan otak tak lagi "centre"
seperti sebelumnya. Mereka ini kalau pergi hospital sudah tentu kena
tahan di wad dalam sehari dua agar dapat normal seperti sediakala.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan