Isnin, 17 Julai 2017

Struktur Baharu Pakatan Harapan Bukti DAP Amal Taktik Melayu ‘Screw’ Melayu





Struktur kepimpinan Pakatan Harapan yang membariskan tiga muka Melayu mengetuai organisasi itu membuktikan DAP masih menggunakan taktik lama iaitu memperalatkan Melayu untuk menjatuhkan Melayu sepertimana yang pernah didedahkan oleh Superman DAP, Hew Kuan Yau.


Hew berkata tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang percaya untuk menjatuhkan UMNO, ia mesti dimulakan dengan menjatuhkan Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Cara menjatuhkan Presiden UMNO mengikut kepercayaan Kit Siang akan dilakukan oleh bekas Presiden UMNO sendiri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita selamatkan Mahathir dan menggunakan Mahathir sebagai alat untuk menjatuhkan Najib.

“Lim Kit Siang gunakan Mahathir untuk “Selamatkan Malaysia’. Lim Kit Siang sudah cari banyak cara untuk ‘Selamatkan Malaysia’ termasuk memperalatkan Mahathir.

“Hari ini, aku bagi pesanan ini, ‘Tunggang kuda Mahathir untuk jatuhkan Najib’,”tegas Hew dalam satu slot ceramah DAP bersempena dengan Hari Malaysia, 16 Sept 2016.

Khamis lalu, Pakatan Harapan mengemukakan senarai nama organisasi mereka yang dipengerusikan oleh Dr Mahathir dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suaminya, Anwar Ibrahim menjadi Presiden dan Ketua Umum Pakatan Harapan.

Turut dinamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin,Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden Pakatan Harapan, manakala Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Mukhriz
Mahathir, Chong Chieng Jen dan Salahuddin Ayub merupakan Naib Presiden Pakatan Harapan.

Mengupas isu berkenaan, laman ini berpendapat taktik DAP menggunakan Melayu untuk melawan Melayu bukanlah perkara baharu, malah telah dilakukan DAP sejak tahun 1990 ketika membentuk Gagasan Rakyat.

Gagasan Rakyat diketuai oleh bekas calon Presiden UMNO, Tengku Tan Sri Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah.

DAP bergabung dengan parti yang diketuai Tengku Razaleigh iaitu Semangat 46 dalam Gagasan Rakyat bagi menghadapi PRU 1990.

Sebagai ketua, Tengku Razaleigh akan mencatur semua calon di seluruh Malaysia termasuk menubuhkan gagasan baharu yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah yang menggabungkan Semangat 46 dan PAS.

Manakala DAP hanya bertanding di kawasan kubu mereka sahaja iaitu di kawasan-kawasan bandar yang majoriti pengundinya berbangsa Cina.

Namun, laman ini berpendapat pembentukan organisasi bagi melawan UMNO-Barisan Nasional tidak sama dengan apa yang berlaku di Dewan Rakyat apabila keputusan PRU diumumkan.

“Hasil keputusan PRU 1990, S 46 menang 8 kerusi Parlimen, PAS 7 kerusi parlimen dan DAP 20 kerusi parlimen.

“Dalam bulan Januari 1995, Gabungan Gagasan Rakyat telah berpecah berikutan penarikan diri salah satu parti utama yang menganggotainya iaitu DAP

“Pergeseran antara parti-parti itu bermula dalam proses perlantikan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Ia berlaku berikutan APU menuntut seorang bumiputera sebagai Ketua Pembangkang yang baru, sekali gus menolak kepimpinan Lim Kit Siang.

“Namun kerana DAP lebih dominan bilangan kerusi Parlimen daripada APU, Lim Kit Siang dinobatkan sebagai Ketua Pembangkang.”

Kes yang sama ketika pembentukan Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai oleh bekas Timbalan Presiden UMNO, Anwar Ibrahim bagi menghadapi PRU 12 dan PRU 13.

Kedua-dua PRU itu membuktikan DAP meraih lebih banyak keuntungan berbanding dengan parti-parti pembangkang yang lain.

Misalnya, PRU 13, DAP memperolehi 38 kerusi parlimen, PKR 30 dan PAS 21.

Walaupun DAP dominan di Parlimen, namun jawatan Ketua Pembangkang diberikan kepada Ahli Parlimen PKR, Anwar Ibrahim dengan harapan Ketua Umum PKR dapat memainkan lebih banyak peranan lagi untuk menjatuhkan UMNO-BN.

Selanjutnya, sila baca “Kit Siang Tidak Akan Sertai Pakatan Jika Tidak Untungkan DAP

Tiada ulasan: