Jumaat, 28 Julai 2017

SPRM hantar lagi pegawai ke pejabat FIC

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pejabat Felda Investment Corporation (FIC) di Jalan Semarak sekali lagi dikunjungi sepasukan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pagi tadi.
 
Difahamkan, kunjungan kali kedua itu bertujuan mengambil beberapa dokumen berkaitan pembelian sebuah lagi hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak.
 
Memetik laporan Utusan Malaysia, sebanyak 12 pegawai penyiasat tiba di perkarangan menara berkenaan kira-kira pukul 10.15 pagi tadi.
 
Mereka kemudiannya menaiki lif menuju ke pejabat FIC bagi meneliti dokumen berkaitan.
 
Pada 17 Julai lalu, SPRM turut menghantar lapan pegawainya ke pejabat FIC bagi menjalankan siasatan berhubung pembelian sebuah hotel empat bintang di Kensington, London

Tiada ulasan: