Rabu, 19 Julai 2017

Saya Pemimpin Dominan HARAPAN – Tun M

Rafa Azmir

Dominan


Tun Dr Mahathir Mohamad percaya kedudukannya dalam blok pembangkang secara “tidak rasmi” sama seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Saya salah seorang pemimpin (dalam HARAPAN). Sebagai pengerusi saya akan mempengerusikan majlis presiden.

“Dalam hierarki HARAPAN, sayalah top dog (pemimpin dominan),” kata Mahathir dalam sidang media di Putrajaya hari ni.

Minggu lalu, Mahathir diumumkan sebagai pengerusi HARAPAN sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan menjadi ketua umum. Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail pula dilantik sebagai presiden gabungan empat parti itu.

Ditanya sama ada tidak ada kuasa yang setara antara ketiga-tiga pemimpin itu, Mahathir berkata negara ini tidak boleh mempunyai tiga orang perdana menteri.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu hanya retorik dan tidak bermaksud beliau mahu menjadi calon perdana menteri.


Tiada ulasan: