shahbudindotcom
Perdana
Menteri, Najib Razak selama ini begitu marah dan tersinggung apabila
ada dakwaan bahawa Malaysia di bawah kepimpinannya adalah negara yang
gagal atau selalu disebut sedang menuju kepada bankrap.
Kata
beliau, mana mungkin semua itu berlaku kerana asas ekonomi negara masih
utuh, pertumbuhannya berkembang dengan baik dan Malaysia masih menjadi
antara tumpuan pelabur asing.
Dengan
Bank Negara meramalkan kadar pertumbuhan ekonomi antara 4.3 hingga 4.8
peratus, Kementerian Kewangan pula menjangka kadar KDNK tahun ini boleh
mencecah 5.0 peratus, berbilion pelaburan daripada China mencurah datang
di samping pelbagai penilaian lain yang bersifat positif, Najib selalu
mengatakan andaian negara gagal itu bukan saja tidak benar, malah
berniat jahat.
Dengan kata lain, berdasarkan semua gambaran itu, negara tentulah mempunyai banyak wang untuk dibelanjakan.
Puak-puak
pembela Najib pup selalu menepis tanggapan negara gagal atau menuju
bankrap itu dengan mengatakan McDonalds dan KFC selalu penuh, musim Hari
Raya di Jalan Masjid India sesak seperti biasa, Tesco serta Mydin tetap
dikunjungi ramai dan setiap kali musim perayaan, lebuhraya padat dengan
kenderaan.
Lebih dari itu, kata mereka lagi, Najib juga adalah pemimpin terbaik dalam menguruskan negara ini berbanding yang lain-lainnya.
Hehehehe.....
Jika
begitu, adakah berita terbaru yang mengatakan elaun untuk pelatih guru
yang mengikuli latihan di IPG akan dimansuhkan pada tahun depan dan
mereka diminta memohon pinjaman PTPTN, bukan satu lagi petanda bahawa
negara kita tiada wang dan boleh ditakrif sebagai gagal?
Selain
elaun yang akan dimansuhkan mulai tahun depan itu mengejutkan ramai
ibu-bapa yang menghantar anak-anak mereka pada ke IPG pada minggu lalu,
elaun yang diterima untuk tahun ini iaitu tahun terakhir diberikan juga
berkurangan menjadi RM430 saja sebulan berbanding RM650 sebulan sebelum
ini.
Berapa
sangat jumlah pelatih guru pada setiap tahun sehingga bebannya terasa
sangat besar bagi kerajaan untuk menanggungnya sedangkan bakal-bakal
guru ini memainkan peranan penting menyumbang dari segi pendidikan
kepada anak bangsa?
Bukankah pelatih-pelatih guru itu apabila menamatkan pengajian, mereka akan terus berkhidmat dengan kerajaan sehingga pencen?
Jadi,
apa masalahnya meneruskan pemberian elaun pengajian dan sara hidup
seperti sebelum ini berbanding menghendaki mereka meminjam dengan PTPTN
yang hanya menyebabkan mereka sudah pun menanggung hutang sebelum
menjejakkan kaki ke dunia pekerjaan?
Kenapa
sebelum ini, elaun itu boleh diberikan, malah ketika era kepimpinan Tun
Abdullah Badawi yang dikata paling lemah dan tidak tahu apa-apa itu
pun, ia tidak pernah dihentikan?
Mana perginya semua wang dalam negara kita sekarang?
Siapa yang boros dan kuat berbelanja?
Mana juga perginya tambahan RM40 bilion setahun yang dikutip melalui GST sejak cukai itu diperkenalkan oleh Najib?
Kenapa sebelum adanya GST yang bermakna tiada tambahan RM40 bilion kepada negara, elaun pelatih guru sentiasa dapat diberikan?
Tidak
cukup lagikah tambahan RM40 bilion itu serta wang berbilion-bilion lagi
yang kononnya datang dari China untuk memakmurkan negara, yang
sebahagian kecil penerimanya ialah bakal-bakal pendidik anak bangsa?
Kalau
bukan negara gagal atau sedang menuju bankrap di bawah pimpinan Najib,
gelaran apa lagi kita mahu panggil kerajaan sekarang?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan